Saturday, 24 October 2009

tunggu, berlari itu pasti

aku berlari
sebelum, dan seterusnya
entah bila penhujungnya
cerah, gelap atau kelabu, mungkin

keseorangan
aku berlari, terus
berharap hujung yg cerah

teman, ku tahu
engkau turut berlari
sepantas mungkin
dilaluan yg berbeza

teman, tatkala satu ketika
kita bakal berlari
di satu laluan, berlari
agar hujung itu
cerah

tunggu, pantas ku tunggu
ketika itu tiba
dari jauh, ku lihat
dan berdoa, berharap
agar ketika itu tiba

dan kini, aku menunggu
dan akan terus berlari
(miri, 2009)
^^v
p/s: post ke 100!
p/s2: ni aku bosan time kat miri, ubah skit2 je

3 comments:

wani gaga gugu gege said...

ble nk singgah kch :)

Farhan Iqbal said...

hahaha..
aritu dah datang da kuching~
tp jmpe amy and usup je la...
aku tatau ko intern kat kuching...
makan mee kolok!

Norzila Noh said...

salam
anda ingin berlari juga rupanya..sila2

Post a Comment

memberi komen, kritikan, kutukan, pujian adalah salah satu cara dr memberi pandangan...