Sunday, 25 July 2010

thank you

thank you Allah and thank you.
:)


p/s: post paling pendek penah wat.

Sunday, 4 July 2010

lesson 19 - analogi pemancing si tukang masak

tersebutlah kisah hikayat seorang pemancing yang juga si tukang masak yang merasakan suda tiba masanya pada hari tersebut, untuk dia ke laut. ke laut untuk menunaikan dan melaksanakan apa yang diperlukan untuk dia terus hidup.

sudah diketahui dan sudah diteliti kenapakah harus dia pergi ke laut untuk memancing dan kemana dan apa yang harus dilakukan untuk pergi memancing. lubuk2 ikan selar, ikan parang, ikan bawal semua sudah didalam otaknya cuma hatinya harus memilih, yang mana satu yang harus dipancingnya.

maka tiba masanya untuk bergerak ke laut, akan tetapi dia tahu, ke laut banyak caranya. melalui bot besar, sampan kecil mahupun hanya menumpang bot org lain ke laut. apapun caranya, duit harus dikeluarkan untuk menampung kepemergiannya ke laut. banyak atau sedikit hasilnya, dia juga tahu, ia bergantung kepada caranya ke laut. akan tetapi, sesetengah pemancing berpendapat, ikan tidak melihat cara, akan tetapi melihat umpan yang dipasangkan pada mata joran. asalkan ikan itu tidak materialisitik, sudah pasti dengan sampan milik orang lain pun mampu diangkat juga ikan tersebut.

setelah malam menjelma, bertemankan langit yang tidak berbulan, gelap akan tetapi cahaya bintang yang malap mampu memberikan petunjuk kepada sesiapa yang memahami dan melihat dengan sebenar-benar melihat, si pemancing itu bergerak menaiki cara yang dipilihnya. mungkin kali ini, hanya sampan yang dia mampu. berdayung dan mencari lubuk yang difikirnya selamat untuk memancing, dan dengan itu, dia pasang dan dilontarkan umpan ke dalam laut. mungkin boleh saja dia melontarkan jala, tp adakah dia pasti, sampan itu mampu menyimpan hasil jalaannya?

setelah lama menunggu, mungkin seperti sebelum ini, hasilnya tiada. mungkin sudah tiada ikan yang merasakan umpan itu layak dimakan. atau mungkin rezekinya adalah pada ikan yang sebelumnya kecil, akan tetapi sudah membesar tatkala dia memancing.

malam bergerak, dan akhirnya disentap jua tali pancing itu.

pemancing itu kaget. berdebar, adakah mungkin ikan itu tidak mampu ditewaskan? maka satu pertarungan, apa yang harus dilakukan. kalau ditarik sekuat2nya, maka mungkin tali itu akan putus, dan ikan itu akan pergi. mungkin kalau dilepas tali, cangkuk itu pun terlepas dan ikan itu berenang kembali. walau ikan itu berenang, luka dimulut tetap ada, dan luka pasti meninggalkan parut.

maka pemancing itu menarik dan melepaskan tali, diharap supaya ikan itu mengikut rentaknya dan akhirnya tewas. tarik dan lepas.

tarik dan lepas. dan ia semakin dekat.
tarik.
tarik.
lepas.
tarik.

tatkala ikan itu sudah dirasakan sudah dekat, difkirkan pula, selepas sahaja ia diangkat naik, maka ikan itu akan cepat untuk tidak segar. diingatkan pula, adakah dia sudah menyediakan persediaan dirumah untuk memasak ikan itu. sudah adakah garamnya? gula? bawang putih? kunyit mahupun halia? apakah yang ingin dimasak dengan ikan itu? kenakah resepi dengan ikan tersebut? siakap, bawal atau parang, ada masakannya tersendiri.

dan dia tahu, jika persediaan memasak belum ada, maka lebih masa akan diperlukan untuk memasak, dan lebih masa bermakna keadaan ikan itu akan kurang elok berbanding yang asalnya. berbelah bagi si pemancing itu, adakah harus diangkat ikan itu? kerana didalam hati, dia mahukan ikan yang segar, kerana isi yang segar, manis rasanya. lembut keadaanya. dan licin kulitnya.

bukankah elok jika dia menyiapkan semuanya sebelum dia pergi memancing? alangkah eloknya.
mungkin hanya yang ada dirumah boleh digunakan untuk memasak, tp kenakah pada resepinya? ikannya? mahupun kehendak si pemancing atau ikan itu sendiri? kepusingan di situ.

dilepaskan ikan itu, mungkin satu yang boleh dilakukan, kerana dia tidak bersedia, tp adakah akan ada lagi ikan yang akan memakan umpannya? adakah dia pasti, yang ikan itu akan kembali berenang riang, tanpa dirasakan luka dibibir setiap kali ingin ia makan? kenapa tidak diangkat terus ikan itu, kerana itulah takdir dan rezeki kita.

diangkat, dan terus di bawa pulang.
hasil ketekunan dan kesabaran.
tidak jua lupa, kekuatan.

maka pulanglah sudah sipemancing dan ikannya. cukup satu untuk ketika ini. tiada peti untuk menyimpan ikan yang lain, kerana ikan yang dipancing hanya untuk dirinya shj.

disegerakan api itu menyala, sambil pisau2 menari memotong dan menyiang ikan. jika tidak cekap pemancing si tukang masak itu, mungkin ikan itu hilang ekornya bersama kepala tatkala sirip mahu dibuang.

pemancing si tukang masak cemas. cekap dan hebatkah dia untuk memasak ikan yang licin, lembut dan manis itu? cukupkah ilmu didada? alangkah bagus jika memasak mahupun menyiang, menyediakkan persediaan, dipenuhkan dlu didada dan diotak.sebelum memancing.

alangkah bagus.
alangkah.
ya.
bagus.

assalamualaikum wbt.